FENDICENTRE.COM INFO: PEDOMAN CARA KELUASAN REZEKI DAN KEKAYAAN HIDUP

SEKADAR UNTUK RENUNGAN DAN PEDOMAN…
Salam w.b.t dan salam sejahtera kepada pengunjung blog khalifah, moga anda semua sihat n ceria ameen3x
Moga anda merenung sebentar apa yang khalifah ingin kongsi untuk kekayaan hati dan jiwa serta kaya harta. ameen3x
Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .
” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu…
Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil
SPM, (kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba ..Allahhuakhbar. ..
Insya Allah
Allahu Akbar !







Leave a Reply