FENDICENTRE.COM INFO: PELANCARAN LAMAN WEB PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI SAINS, UPM


Salam kepada semua pengunjung blog khalifah. alhamdulillah dengan jayanya laman rasmi PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI SAINS, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PPSUPM) hampir siap sepenuhnya. Moga dengan kemunculan laman web ini, akan meningkatkan lagi TAHAP INOVASI DAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT.
www.ppsupm.com
PPS UPM akan menganjurkan seminar yang bakal berlangsung pada
Tarikh: 29 Mei – 1 Jun 2011
SEMINAR KEBANGSAAN TEKNOLOGI MAKMAL
(SKETMA KE 10)
“Kecemerlangan Makmal Transformasi Penyelidikan dan Inovasi Bertaraf Dunia”

Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA) merupakan program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Penolong Pegawai Sains IPTA. SKETMA ini telah dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1993 oleh Universiti Putra Malaysia dan ianya dianjurkan secara bergilir-gilir oleh IPTA di Malaysia. Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-9 di UTM, Skudai yang dianjurkan pada 7-10 Jun 2009, telah memberi mandat kepada Universiti Putra Malaysia untuk menjadi penganjur SKETMA ke-10. Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal Kebangsaan (SKETMA) merupakan landasan bagi pegawai kumpulan sokongan yang terdiri daripada pegawai makmal IPTA, agensi kerajaan dan swasta berkongsi maklumat, kepakaran dan jaringan kerjasama dalam satu persidangan di peringkat kebangsaan. Dalam persidangan ini ahli-ahli akan membentangkan kertas kerja berkaitan dengan bidang tugas dan kepakaran mereka yang selama ini berada di belakang para penyelidik dan pensyarah dalam menjalankan penyelidikan. Di samping itu seminar ini juga terbuka kepada penyelidik, pensyarah, pegawai sains dan lain-lain pegawai dari IPTA, IPTS dan agensi agensi luar yang berkaitan untuk membentangkan kertas kerja berdasarkan skop yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur.
INFO LANJUT SILA KE: SKETMA-10








Leave a Reply